Sunday 2 January 2022

Noxxa PC335CA pressure cooker repair

Semalam saya dirujuk sebuah 'pressure cooker' berjenama Noxxa, model PC335CA dengan masalah boleh dihidupkan namun nasi tidak masak sepenuhnya setelah tamat masa memasak.

Ini merupakan kali pertama saya diberitahu 'pressure cooker' boleh digunakan untuk memasak nasi. 6 butang yang dilabel pada panel ialah:-

  1. High pressure
  2. Low pressure
  3. warm/reheat
  4. slow cook
  5. steam
  6. stir-fry

Gambar di bawah menunjukkan komponen yang ada pada 'pressure cooker' ini setelah penutup bawah saya buka dan pemeriksaan pada elemen pemanas serta thermostat masih elok.

Pemeriksaan pada thermistor juga masih elok iaitu 100kΩ seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Thermistor - 100kΩ

Saya juga periksa semua komponen yang ada pada papan litar (PCB) dan tidak menemui sebarang kerosakkan.

Seterusnya saya basuh beras dan masak nasi menggunakan 'low pressure' selama 5 minit. Untuk pengetahuan semua masalahnya ialah periuk ini berhenti memasak setelah kira-kira dua minit memasak.

Apabila saya buka dan periksa ketika masih panas, thermostat telah putus dan cuma kembali bersambung setelah sejuk. Jadi, masalahnya ialah thermostat 'cut-off' serta berhenti memasak selepas kira-kira dua minit sahaja.

High pressure - 7 minit untuk masak nasi...

Apabila telah sejuk, saya tekan thermostat dengan jari dan mendapati ianya terlalu sensitif. Apa yang saya lakukan ialah bengkokkan sedikit thermostat tersebut supaya sedikit jauh dan kurang sensitif.

Percaya atau tidak, masalah berhenti memasak setelah 2 minit sebelumnya selesai dan saya telah berjaya memasak nasi menggunakan 'pressure cooker' ini.

Dah masak...

Pemilik memberitahu saya cara memasak nasi menggunakan 'pressure cooker' ini ialah guna 'high pressure' dan masak selama 7 minit.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.