Mesin kira-kira atau juga dikenali sebagai kalkulator (calculator) banyak digunakan dewasa kini dalam urusan serta tugasan harian kita. Biasanya jika rosak tidak ramai yang memilih untuk membaiki tetapi sebaliknya memilih untuk membeli yang baru disebabkan harganya yang murah.
|
Jenama: Citizen |
Hari ini saya di rujuk sebuah kalkulator berjenama Citizen, Model: SDC-9690 dengan masalah tidak berfungsi lagi. Ianya dibekalkan dengan dua kuasa (dual power) iaitu kuasa bateri dan kuasa solar.
|
Model: SDC-9690 |
Apabila saya dekatkan kalkulator tersebut kepada lampu LED, kalkulator tersebut juga tidak dapat dihidupkan. Seperti biasa sebelum membukanya, ramalan saya ialah kehabisan bateri dan kerosakan pada panel solar ataupun sambungan putus.
Jika dilihat gambar di atas dan di bawah, kalkulator ini sering terjatuh dan anda boleh melihat keretakan pada bucu kalkulator tersebut. Maka tidak hairan lah ianya rosak.
Mari kita buka dan periksa kenapa ianya tidak berfungsi. Setelah dibuka, benda pertama yang saya lihat ialah salah satu wayar (wayar berwarna putih) yang menyambungkan panel solar ke papan litar tertanggal dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
|
Wayer tertanggal... |
Oleh kerana wayar yang menyambungkan panel solar ke papan litar tanggal maka tiada bekalan eletrik untuk menghidupkan kalkulator tersebut. Namun kalkulator tersebut juga dibekalkan dengan bateri, mungkin bateri tersebut telah rosak?
|
Bagaimana wayar boleh tanggal? |
Setelah diperiksa, rupa-rupanya salah satu wayar yang menyambungkan bateri ke papan litar didapati putus seperti yang anda boleh lihat pada gambar di bawah.
Seterusnya saya sentuhkan wayar tersebut ke terminal bateri dan kalkulator tersebut boleh berfungsi semula. Ini bermaksud bateri tersebut masih dalam keadaan baik. Apabila bateri tersebut diuji dengan multimeter ianya juga menujukkan bacaan voltan yang hampir sama dengan voltan yang tertera pada bateri.
|
Wayar yang tanggal telah disambung kembali... |
Saya sambungkan wayer pada panel solar ke papan litar terlebih dahulu dan setelah disambung, kalkulator telah boleh dihidupkan. Ini bermaksud panel solar tersebut tidak rosak. Akhir sekali saya sambungkan kembali wayar pada bateri yang tertanggal.
|
Tested - ok |
Kesimpulan saya tentang kerosakan kalkulator tersebut ialah, pada mulanya wayar pada bateri yang tertanggal dan kalkulator tersebut masih boleh digunakan dengan kuasa solar. Seterusnya wayer pada panel solar juga tertanggal dan kalkulator tersebut kehilangan kedua-dua (bateri & solar) punca bekalan kuasa dan tidak dapat dihidupkan langsung.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.