Wednesday, 10 April 2019

PLANET FNSW-1601 Ethernet Switch repair

Hari ini saya berpeluang membaiki 'ethernet switch' berjenama PLANET, Model: FNSW-1601. Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah ianya tidak dapat dihidupkan.
PLANET FNSW-1601

Made in Taiwan
Setelah dibuka penutupnya, cuma kelihatan 2 keping papan litar sahaja dan memandangkan ianya tidak dapat dihidupkan, masalahnya sudah tentu pada 'power board'
2 keping papan litar sahaja

Power board
Pandangan mata kasar cuma menemui fius utama putus dan semua komponen lain kelihatan elok dan cantik.
Fius putus
Sekiranya fius utama putus, kita harus mencari puncanya. Menggantikan fius baru sahaja tidak akan menyelesaikan masalah, malah kemungkinan akan menyebabkan lebih banyak komponen lain yang akan rosak.
Fius 2A
Setelah diperiksa menyeluruh, komponen yang didapati rosak ialah:-
  1. fius 2A (putus)
  2. Thermistor (putus)
  3. kapasitor utama 33uF, 350V (litar pintas)
Thermistor

Kapasitor utama 33uF, 350V - litar pintas

Fius & thermistor baru
Gambar berikut merupakan komponen yang rosak telah diganti. Sebelum membekalan arus elektrik kepada 'power board', periksa sekali lagi. Pastikan komponen baru yang dipateri berkeadaan baik dan tiada litar pintas.
Komponen yang ditukar
Setelah dibekalkan arus elektrik, periksa output 'power board' tersebut, pastikan ianya sama dengan apa yang diperlukan. Power board yang saya baiki hanya menghasilkan 3.30V untuk kegunaan ethernet switch tersebut. Bacaan yang saya dapat ialah 3.27 dan ianya hampir sama dengan keperluannya.
3.27V output
Selepas puas hati, barulah ianya disambung ke papan litar utama untuk diuji.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.