Saturday 3 September 2022

APWD1205-01C AC adapter repair

Semalam saya dirujuk sebuah DVR dengan masalah apabila dihidupkan mengeluarkan bunyi beep, beep, beep berterusan dan gagal berfungsi.

Model: APWD1205-01C

Pemeriksaan voltan pada adapter ialah 12.3v namun setelah disambung ke DVR, voltan output cuma kira-kira 3v sahaja.

Pada mulanya saya syak ada litar pintas pada DVR namun setelah saya uji dengan adapter lain, DVR boleh dihidupkan seperti biasa.

Kapasitor output kembung...

Jadi, masalahnya ialah pada adapter yang gagal membekalkan arus elektrik yang mencukupi untuk kegunaan DVR. 

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, sebiji kapasitor output dengan rating 1500uf, 25v kembung dan telah saya labelkan pada gambar di atas.

Gantikan kapasitor baharu...

Masalah selesai dan adapter berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula dengan hanya menggantikan kapasitor output sahaja pada adapter.

Bacaan ESR tinggi...

Gambar di atas menunjukkan bacaan yang saya dapat apabila diperiksa dengan menggunakan multimeter ESR yang saya buat sendiri.

30pF sahaja...

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.