Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki alat kawalan jauh seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.
Hari ini saya dirujuk sebuah alat kawalan jauh yang serupa dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di atas iaitu cuma lampu backlight berwarna oren menyala beberapa saat sahaja setelah bateri dipasang dan semua butang tidak berfungsi apabila ditekan termasuk skrin juga tiada paparan.
Carrier RG67N/BGEF |
Majoriti kerosakkan alat kawalan jauh adalah disebabkan kebocoran bateri dan cecair bateri telah meresap ke papan litar serta bertindak balas dengan komponen logam.
Setelah dibuka... |
Gambar di bawah menunjukkan butang pada papan litar telah teroksida akibat tindak balas kimia cecair bateri.
Semua butang telah teroksida... |
Setelah kesemua butang yang teroksida telah saya bersihkan dan diuji, masalah tetap sama iaitu hanya lampu backlight berwarna oren menyala beberapa saat sahaja dan tiada paparan pada layarnya.
Setelah dibersihkan... |
Seterusnya saya buka semula dan kali ini saya buka skrin LCD. Kesan teroksida juga ada pada bahagian penyambung (zebra strip) seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Penyambung 'zebra strip' juga teroksida... |
Setelah kesemua penyambung ke LCD saya bersihkan dan diuji, kini layar telah menyala namun ada tiga butang tidak berfungsi iaitu:-
- butang 'arrow up'
- butang mode
- butang LED
Bersihkan 'zebra strip' juga... |
Masalah sebahagian butang tidak berfungsi biasanya adalah disebabkan ada litar yang telah putus dan tidak berhubung di antara satu sama lain.
Skrin dah menyala... |
Pemeriksaan teliti dengan menggunakan multimeter mendapati terdapat dua sambungan tiada keterusan di antara bahagian atas dan bawah papan litar seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Dua sambungan putus telah disambung/pateri... |
Kesemua masalah di atas selesai setelah kedua-dua litar yang tidak berhubung telah saya betulkan dengan mempateri semula sahaja.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.