Sebelum ini saya ada membina sebuah amplifier dengan menggunakan transistor C5200 & A1943 dan anda boleh rujuk di sini.
![]() |
Revised schematic |
Setelah beberapa hari diuji serta digunakan, pada suatu pagi ianya telah mengeluarkan asap putih dan gagal berfungsi lagi selepas itu.
![]() |
Semua komponen yang rosak... |
Setelah dibuka dan diperiksa, hampir kesemua komponen mengalami litar pintas serta rosak seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Komponen yang selamat serta masih elok ialah kapasitor dan perintang sahaja.
![]() |
Tambah 2 biji perintang 680Ω/2W |
Saya telah bina semula amplifier serupa dan ketika diuji, saya dapati kesemua transistor 2N5551 & 2N5401 sangat panas ketika diuji.
Pemeriksaan menggunakan multimeter mendapati voltan yang melalui transistor-transistor kecil (2N5551 & 2N5401) tersebut tinggi iaitu sama dengan voltan yang melalu transistor C5200/A1943 dan untuk mengatasi masalah di atas, saya telah tambah dua biji perintang dengan nilai 680Ω/2W bertujuan untuk mengurangkan arus elektrik.
Sehingga blog ini ditulis, tiada lagi masalah panas pada transistor yang kecil. Kejadian transistor menjadi panas adalah disebabkan saya telah membekalkan voltan 42-0-42 atau 84v kepada module amplifier tersebut.
Ketika baru siap dibina saya hanya membekalkan voltan 18-0-18 sahaja untuk menguji serta tanpa sebarang masalah.
Litar asal berfungsi tanpa masalah jika menggunakan voltan rendah sehingga 24-0-24. Jika menggunakan voltan lebih daripada 24-0-24, perintang harus ditambah untuk mengurangkan arus elektrik pada litar supaya transistor kecil tidak panas melampau.
Cadangan saya ialah:-
- Tambah perintang 330Ω/2W jika menggunakan voltan melebihi 24-0-24 sehingga 35-0-35
- Tambah perintang 680Ω/2W jika menggunakan voltan melebihi 35-0-35 sehingga 45-0-45
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.