Friday 30 September 2022

SHARP R-249T(S) microwave repair

Beberapa hari yang lepas saya telah dirujuk sebuah ketuhar mikro atau microwave berjenama SHARP, model: R-249T(S) dengan masalah tidak panas.

SHARP R-249T(S)

Microwave tidak panas adalah masalah yang sering dirujuk untuk dibaiki dan telah banyak saya kongsikan sebelum ini.

Model: R-249T(S)

Kerosakkannya ialah pada bahagian voltan tinggi (HV) dan pemeriksaan menyeluruh hanya menemui HV fuse sahaja yang putus seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

HV fuse (600mA) putus

Setelah HV fuse dengan nilai 600mA saya gantikan dengan yang baharu serta diuji, lampu di dalamnya menyala sekejap dan langsung tidak berfungsi lagi selepas itu.

Fius utama - T6.3A

Pemeriksaan seterusnya mendapati fius utama pula putus dan lokasinya telah saya tandakan pada gambar di atas.

T3509 - 100kΩ

Saya periksa semula semua komponen voltan tinggi buat kali kedua dan semuanya elok namun jika dengan hanya menukarkan fius utama sahaja ianya tidak akan menyelesaikan masalah.

Seterusnya saya bandingkan semua komponen voltan tinggi dengan yang baharu dan mendapati sedikit perbezaan bacaan pada HV diode seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Bacaan rintangan pada HV diode asal dengan nombor rujukan T3509 ialah kira-kira 100kΩ dan bacaan pada HV diode baharu pula ialah kira-kira 160kΩ.

CL01-12 (160kΩ)

Percaya atau tidak, masalah selesai setelah saya gantikan HV diode dengan yang baharu dan hingga kini telah beberapa hari saya uji tanpa masalah.

Komponen yang rosak...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.