Thursday 8 September 2022

YY-TP05A-001 commercial induction cooker repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'commercial induction cooker' dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Commercial Induction Cooker

Menurut pemilik kali terakhir digunakan ianya telah menyebabkan seluruh kedai bergelap dan langsung tidak berfungsi lagi selepas itu.

Model: YY-TP05A-001

Setelah dibuka dan diperiksa, komponen pertama yang didapati rosak ialah fius utama dengan rating 25A.

Setelah dibuka...

Jika fius 25A putus mesti kena cari puncanya sebelum boleh diuji semula sebab melibatkan litar pintas.

Papan litar...

Pemeriksaan pada papan litar menemui 3 biji IGBT dengan nombor rujukan H20PR5 mengalami litar pintas seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Litar pintas pada 3 biji IGBT...

Saya telah gantikan IGBT yang rosak serta fius utama dan diuji namun ianya gagal berfungsi dan indikator juga tidak menyala.

Gantikan IGBT & fius baharu...

Masalah sedemikian adalah disebabkan bahagian yang melibatkan microprocessor gagal berfungsi dan mungkin disebabkan tiada bekalan elektrik. 

Bahagian microprocessor menggunakan sebiji ic berlabel VIPER26 untuk bekalan elektrik 16v dan kemudian diturunkan ke 5v menggunakan sebiji 7805 voltage regulator.

2 biji S8050 transistor rosak...

Pemeriksaan seterusnya mendapati dua biji transistor dengan label S8050 rosak dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Testing...

Ujian awal setelah kesemua komponen rosak diganti mendapati semua berfungsi dengan normal seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Semua komponen yang rosak...

Sebelum ini saya ada kongsikan beberapa buah induction cooker dan anda boleh rujuk di sini, sini, sini, sini, sini dan sini.

Majoriti kerosakkannya adalah melibatkan kerosakkan IGBT.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.