Friday 2 September 2022

WORLD LIGHTING LED driver repair

Boleh dikatakan kesemua LED driver yang ada di pasaran serta digunakan di rumah kita kini adalah buatan China dan ianya datang dengan berbagai-bagai rating serta model.

Jenama: WORLD LIGHTING

Hari ini saya dirujuk sebuah LED driver yang belum pernah saya baiki berjenama WORLD LIGHTING seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Rating pada label LED driver ini ialah:-

  1. Primary: 220v - 240v (50/60Hz)
  2. Secondary: 350mA (3v - 12v)
  3. 4w - 7w

Maksud rating di atas ialah:-

  1. Voltan input diperlukan ialah di antara 220vac sehingga 240vac dengan frekuensi 50Hz hingga 60Hz
  2. Voltan output ialah di antara 3v sehingga 12v dengan arus elektrik (current) 350mA atau 0.35A sahaja.
  3. Ianya untuk kegunaan lampu 4w sehingga 7w
Setelah penutup dibuka...

Masalah LED driver ini ialah boleh menyala namun berkelip-kelip. Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, sebiji kapasitor utama dengan nilai 10uf, 400v didapati kembung dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Kapasitor utama kembung...

Sebagai percubaan, saya gantikan kapasitor utama yang telah kembung dan masalah selesai. Lampu LED tidak berkelip lagi serta masih boleh digunakan semula.

Gantikan kapasitor 10uf, 400v...

Jika kerosakkan LED driver melibatkan 'switching ic' saya biasanya tidak baiki sebab tidak berbaloi untuk dibaiki. Selain susah untuk dapatkan alat ganti, kadang-kadang ada ic yang tidak berlabel.

Tested - ok

Selamat berDIY...

Voltan bekalan elektrik hari ini...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.