Friday 9 September 2022

OPR (Overnight Policy Rate)

OPR atau 'overnight policy rate' digunakan oleh BNM (Bank Negara Malaysia) untuk menyelia serta memantau pembiaan/pinjaman harian institusi perbankan di negara kita.

OPR sewaktu pandemik CoVid-19

Kita tahu bank menggunakan wang pendeposit untuk memberi pinjaman kepada pelanggannya dan dalam masa yang sama, kegiatan harian pelanggan seperti menyimpan, mengeluarkan serta memindahkan wang akan menyebabkan tunai di setiap bank berubah setiap hari.

Bank yang mempunyai lebihan (surplus) tunai akan meminjamkannya kepada bank yang kekurangan (shortage) tunai dan kadar pinjaman ini ditentukan oleh OPR.

OPR akan ditentukan oleh BNM dari masa ke semasa bertujuan untuk memantau kesihatan ekonomi negara selain memantau bank-bank yang di bawah naungannya.

Sewaktu pandemik CoVid-19 melanda dunia, semua kegiatan ekonomi terbatas dan kita telah menyaksikan OPR telah diturunkan oleh BNM bagi mengurangkan bebanan peminjam termasuk pihak bank.

Setelah pandemik CoVid-19 memasuki fasa endemik penghujung tahun lepas dan kegiatan ekonomi mulai kembali secara beransur-ansur, BNM telah menaikkan semula kadar OPR secara berperingkat.

Tahun ini BNM telah menaikkan OPR sebanyak tiga kali iaitu 25 mata asas masing-masing dari 1.75% kepada 2.00%, 2.25% & 2.50%.

  1. 11/5/2022 - 2.00%
  2. 06/07/2022 - 2.25%
  3. 08/09/2022 - 2.50%

Kenaikkan OPR bermaksud kos pembiaan bank turut meningkat dan dalam masa yang sama bank juga akan menaikkan kadar pinjaman BLR/BFR masing-masing.

Bagi mendapatkan kos pembiaan yang lebih murah, pihak bank juga akan menaikkan kadar simpanan terutamanya simpanan tetap (fixed deposit) jangka panjang supaya ramai akan menyimpan tunai di bank masing-masing bagi mengurangkan pinjaman antara bank setiap hari berdasarkan OPR yang biasanya lebih mahal.

Kenaikan OPR hanya memberi kesan kepada pinjaman yang bedasarkan BLR (Base Lending Rate) atau BFR (Base Financing Rate) sedia ada dan tidak memberi kesan kepada pinjaman tetap seperti pinjaman sewa beli (Hire Purchase).

Menurut menteri kewangan, Tengku Zafrul, kenaikkan OPR tidak banyak memberi kesan yang besar kepada peminjam sebab majoriti pinjaman adalah kadar tetap seperti membeli kereta. 

Saya berpendapat kenyataan menteri kewangan sangat mengarut sebab setahu saya jumlah pinjaman yang berasaskan BLR/BFR sangat besar dan tempoh pinjaman juga lama/panjang.

Contoh pinjaman yang berdasarkan BLR/BFR ialah pembelian aset seperti pembiaan perumahan (housing loan) atau pinjaman membeli rumah kedai, overdraft (OD) untuk kegunaan perniagaan dan lain-lain.

Saya tidak pasti perubahan OPR ini ada memberi kesan kepada keuntungan pihak bank atau tidak namun yang pasti tiada bank yang melaporkan kerugian sepanjang pandemik CoVid-19 melanda dunia.

Kita telah menyaksikan pihak bank akan menurunkan BLR/BFR serta kadar faedah simpanan sewaktu OPR diturunkan sebab kos pembiaan mereka juga telah menurun.

Jadi, jika OPR dinaikkan, sudah semestinya pihak bank akan menaikkan BLR/BFR serta kadar faedah simpanan atas sebab kos pembiaan mereka meningkat.

Itu lah sebabnya kenapa sewaktu pandemik CoVid-19 melanda dunia, pihak bank masih mencatatkan keuntungan tahunan berjuta-juta hingga berbilon-bilion ringgit.

Jadi, pihak bank sentiasa berada di situasi menang dan kesannya lebih kepada peminjam sebab mereka yang membayar dan majoriti terima gaji bulanan yang tetap.

Walaupun bank juga meminjam namun mereka cuma perlu ubah BLR/BFR mengikut perubahan OPR sahaja.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.