Baru-baru ini jam berjenama RADO yang saya beli pada tahun 1998 telah rosak dan tidak berbaloi untuk dibaiki lagi.
Jam berjenama RADO tersebut telah beberapa kali saya hantar untuk dibaiki dan pernah saya kongsikan di sini.
Dipendekkan cerita, saya pun cari jam di laman shopee dan terjumpa jam berjenama namun teramat murah iaitu RM23.50 sahaja.
Dulu saya juga pernah beli jam murah seperti ini numun tak semurah begini dan yang pasti ianya adalah jam tiruan. Setelah saya baca komen pembeli sebelumnya, saya akhirnya bertekad membelinya dengan alasan:-
- Harga teramat murah, rosak boleh beli lagi
- Jam berjenama ROLEX ini jika tulen harganya puluhan ribu sebuah
- Dengan harga RM23.50, beli tali jam pun tak lepas di pasaran tempatan
- Saya tak nak guna jam automatic lagi sebab sekali 'service' harganya mencecah RM350.00 (pengalaman dari jam lama)
Harga keseluruhan setelah dicampur dengan kos penghantaran serta ditolak coin yang saya ada, saya cuma perlu bayar RM22.32 sahaja.
Jam telah sampai semalam dan semuanya elok berfungsi macam jam biasa. Sekali pandang sebiji macam jam berjenama namun ianya adalah tiruan.
Cara untuk mengetahui ianya tiruan ialah:-
- Harga
- Jam tulen model submariner ini adalah jam automatic dan bukan jam quartz (guna bateri)
- Ringan - jam automatic mesti lebih berat dari jam quartz
- Model submariner ada 4 jarum jam
- Logo dicetak guna cat sahaja
- Kualiti keadaan fizikal, jika anda peminat jam, sekali pandang dah tahu tulen/tiru
Kekurangan pada jam ini bagi saya ialah ianya cuma ada tarikh sahaja namun tiada harinya sebab dah biasa berpuluh tahun dengan jam lama.
Apa pun, kita lihat berapa lama ianya boleh bertahan...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.