Tuesday 20 September 2022

White Rabbit Creamy Candy

Hari ini saya kongsikan gula-gula yang paling popular ketika saya di zaman kanak-kanak sehingga kini.

Label pada pembalut gula-gula tersebut ialah White Rabbit namun tulisan cina pula ialah 大白兔奶糖 (da bai tu nai tang). Keterangan lanjut sejarahnya boleh dibaca di Wikipedia.

Baru-baru ini saya telah membeli gula-gula tersebut dan percaya atau tidak, ianya kini dijual bedasarkan beratnya dan bukan jumlah bilangan yang dibeli. Dari label di bawah, harganya ialah RM40.99/kg.

Setelah dibuka dan dikira, 22 biji sahaja di dalam sebungkus yang berharga RM5.25 atau kira-kira 24sen sebiji.

Sewaktu saya mula bersekolah pada penghujung tahun 70an, sepuluh sen boleh dapat 7 biji gula-gula iaitu kira-kira satu setengah sen (RM0.015) sahaja sebiji.

Masa berlalu dengan pantas dan baru-baru ini juga saya baru perasan gula-gula ini telah diklasifikasikan sebagai tidak halal di negara kita sebab didapati mengandungi DNA babi serta lembu.

Soal status halal atau haram saya tidak pernah ambil kisah sebab tiada pun tanda/logo halal pada labelnya.

Saya yakin dan percaya semua pernah merasanya sehingga lah ianya disahkan status haram pada tahun 2019.

Ada banyak lagi cerita lain melibatkan gula-gula ini temasuk mengandungi melamine pada tahun 2008.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.