TV plasma ini pernah saya baiki beberapa tahun yang lepas dan anda boleh rujuk di sini.
![]() |
LG 50PJ350E-TA |
Kali ini dia kembali dengan masalah sama iaitu skrin gagal menyala dan lampu standby padam apabila butang power ditekan namun menyala semula selepas itu dan dalam keadaan standby.
![]() |
Model: 50PJ350R-TA |
Setelah dibuka dan diperiksa, saya dapati masalahnya ialah pada PSU (power supply unit) yang kembali ke mode standby setelah butang power ditekan.
![]() |
setelah penutup belakang dibuka... |
Pemeriksaan pada PSU tidak menemui sebarang komponen yang meragukan serta rosak ditemui dengan mata kasar.
![]() |
PSU = Power Supply Unit |
Seterusnya saya periksa semua kapasitor dengan menggunakan multimeter ESR, saya cuma menemui sebiji kapasitor kecil dengan bacaan ESR tinggi (high ESR) seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
![]() |
Gantikan kapasitor 100uf, 16v... |
Nilai kapasitor tersebut ialah 100uf, 16v dan setelah dikeluarkan dari papan litar serta diperiksa semula, bacaan ESRnya ialah 17Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
![]() |
ESR tinggi, 17Ω... |
Percaya atau tidak, masalah selesai setelah dengan hanya menggantikan sebiji kapasitor kecil sahaja.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.