Thursday 26 July 2012

Premium insurans kenderaan bermotor naik mendadak!

Semua kenderaan bermotor di negara kita harus mempunyai perlindungan insurans motor. Tanpa perlindungan insurans motor, pemilik tidak dapat memperbaharui cukai jalan kenderaan masing-masing. Terdapat tiga jenis insurans motor iaitu:-
  1. perlindungan pihak ketiga, 
  2. perlindungan pihak ketiga, kebakaran dan kecurian
  3. perlindungan komprehensif.
Kedua-dua kereta dan motosikal saya hanya dilindungi insurans pihak ketiga. Saya memilih perlindungan insurans pihak ketiga berikutan tiada pinjaman bank lagi serta usia kenderaan yang telah melebihi 10 tahun dan usang. Perlindungan komprehensif terlalu mahal dan tidak berbaloi.

Namun saya dapati bahawa premium insurans telah meningkat mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan berikut adalah perbandingan premium pada tahun 2008 & 2012.
Dulu premium untuk motosikal cuma RM30.00 sahaja setahun.
Seingat saya ketika motosikal saya mulai dilindungi insurans pihak ketiga pada tahun 1995, premium insurans cuma RM30.00 sahaja. Pada tahun 2008 saya perlu membayar RM36.32 dan tahun ini (2012) premiumnya telah meningkat ke RM85.65 untuk perlindungan yang sama.
Dulu premium untuk kereta cuma RM60.00 sahaja setahun.


Begitu juga dengan premium perlindungan insurans pihak ketiga untuk kereta, saya cuma perlu membayar sebanyak RM60.00 pada tahun 2005. Pada tahun 2008 saya perlu membayar RM75.25 dan tahun ini (2012) premiumnya telah meningkat ke RM132.50 untuk perlindungan yang sama.

Saya tertanya-tanya juga kenapa kenaikan premium insurans motor kini naik mendadak dan terjawab jua akhirnya apabila terbaca perbincangan seseorang pada forum tempatan. Sepatutnya semakin banyak kenderaan bermotor di negara ini, premium kenderaan akan berkurangan tetapi sebaliknya yang terjadi.
Inilah yang berlaku dari dahulu, kini & selama-lamanya...
Saya yakin perbuatan ini berlaku di merata pelusuk negara kita. Pihak insurans tiada pilihan lain melainkan menaikkan premium insurans berikutan tuntutan yang melampaui batas.

Saya juga yakin pihak Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) serta Bank Negara Malaysia (BNM) tahu kejadian sebegini berleluasa di negara kita. Mereka seharusnya lebih tegas menanganinya dan bukan hanya dengan meluluskan kenaikan premium insurans yang membebankan golongan miskin serta pertengahan di negara kita.

Mungkinkah ianya juga disebabkan nilai matawang negara kita yang kian merosot dari setahun ke setahun? Jika ini dibiarkan berlarutan, berapakah premium insurans motor yang harus kita bayar 10 tahun akan datang untuk perlindungan yang sama?

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.