Sunday 22 July 2012

Sarawak Bahagia


Sarawak negeriku berdaulat merdeka 
Rakyatnya hidup teguh bersatu padu
Semua berazam terus berkhidmat pada negara
Sentiasa maju pertiwi
Bahagialah tanah airku
Sarawak negeri yang ku cinta ku puja
Untukmu ku rela berkorban jiwa raga
Abadikan Sarawak ya tuhan dalam Malaysia 


Inilah lagu kebesaran negeri Sarawak ketika saya masih di kaki bangku sekolah rendah. Namun setelah masuk ke alam sekolah menengah lagu kebesaran negeri Sarawak telah ditukar kepada 'Ibu pertiwiku'.

Pada hari ini 22/7/2012 genaplah 49 tahun Sarawak merdeka dari jajahan British. Pada hari ini juga lah saya baru tahu kenapa lagu kebesaran Sarawak Bahagia ditukar 24 tahun yang lepas.

Cuba anda renungkan senikata pada perengan terakhir di atas - "Abadikan Sarawak ya tuhan dalam Malaysia". Pada pandangan saya ia merupakan satu doa agar Sarawak diabadikan dalam Malaysia. Ini bermaksud 24 tahun yang lalu Sarawak sudah tidak mahu diabadikan dalam Malaysia tetapi bagiamana dan bila?

Renung-renungkan & fikir-fikirkan...



No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.