Tuesday 10 May 2022

ZIP HydroTap G4 system fault repair

Kira-kira 3 tahun yang lepas saya telah dirujuk 'boiler' ini dan anda boleh rujuk di sini.

System fault...

Hari ini saya dipanggil lagi untuk membaiki 'boiler' yang sama dengan masalah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Hot tank under filled...

'Boiler' ini boleh dihidupkan namun tidak memasak air serta tidak mengeluarkan air. Skrin utama menyatakan 'system fault' dan apabila diperiksa pada sistem, masalahnya ialah 'Hot tank under filled' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah penutup dibuka...

Maksud 'Hot tank under filled' ialah air di dalam tangki terlalu sedikit dan sistem keselamatannya tidak membenarkannya untuk beroperasi. Menurut pemilik, 'boiler' ini tidak digunakan sepanjang PKP iaitu kira-kira selama dua tahun.

Cabut hose air masuk & isi penuh tangki air...

Apa yang saya lakukan untuk menangani masalah ini ialah buka hos bahagian di mana air bersih masuk (water inlet) dan isi air secara manual sehingga penuh.

Calibration...

Percaya atau tidak, masalah selesai dan 'boiler' ini kembali berfungsi semula. Sebelum digunakan kita perlu melakukan 'calibration' pada bahagian 'service' dalam sistem dan anda perlukan nombor PIN atau password.

Tested - ok

Cara untuk mendapatkan nombor PIN atau password telah saya kongsikan 3 tahun yang lalu di sini.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.