Saya mula menulis blog pada tahun 2012 sebab diberitahu boleh menjana pendapatan sebagai blogger melalui google adsense.
Google adsense bermula ogos 2019 |
Akaun google adsense cuma mula menjana pendapatan pada penghujung bulan ogos 2019. Sebelum itu saya pernah mendapat kelulusan akaun google adsense namun hanya bertahan beberapa hari sahaja dan telah di 'banned' selepas itu tanpa diketahui puncanya.
YPP - mulai mac 2022 |
YouTube Partner Program (TPP) pula hanya bermula pada penghujung bulan mac tahun ini atau lebih tepat mulai 28/03/2022.
April 2022 |
Pendapatan yang dijana melalui blog sejak ogos 2019 sehingga 30/04/2022 cuma $76.12 sahaja namun YPP mampu menjana $21.40 (Mac - $1.04 & April - $20.36) mulai 28/3/2022 sehingga 30/04/2022.
Tujuan asal akaun YouTube saya ialah untuk memuat naik video bagi kegunaan blog sahaja namun kini YouTube boleh menjana pendapatan lebih cepat berbanding menulis blog.
As at 30/4/2022 |
Mungkin selepas ini saya perlu beri tumpuan lebih kepada YPP berbanding blog...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.