Thursday, 5 May 2022

Panasonic MC-CL305 vacuum cleaner

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah penyedut hampagas berjenama Panasonic model: MC-CL305 dengan masalah gagal berfungsi.

Panasonic MC-CL305

Pemilik memberitahu saya kali terakhir digunakan, penyedut hampagas ini padam sendiri dan gagal berfungsi selepas itu.

Model: MC-CL305

Penyedut hampagas ini berfungsi ketika saya mengujinya namun saya dapati ianya tidak kuat menyedut.

Setelah dibuka...

Saya telah buka penyedut hampagas ini dan tidak menemui sebarang komponen yang rosak.

Penapis (filter)

Seterusnya saya buka penapis (filter) dan mendapati banyak sampah didalamnya.

Buka penapis...

Setelah sampah dibersihkan dan diuji semula, ianya masih juga tidak kuat menyedut seperti penyedut hampagas biasa.

Buangkan sampah...

Pemeriksaan dengan teliti mendapati banyak debu yang melekat pada penapisnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Penapis sumbat (debu)

Debu yang melekat pada penapis gagal dibersihkan dengan menggunakan berus seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Saya telah rendam penapis tersebut selama sejam dan setelah dikeringkan serta diuji, kini penyedut hampagas kembali normal.


Masalah penyedut hampagas ini berpunca dari penapisnya yang sumbat serta menyebabkan motornya panas dan berakhir dengan thermal switch putus yang bertindak sebagai keselamatan.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.