Friday, 6 May 2022

BUFFALO KE53 1.8L rice cooker repair

Semalam saya dirujuk sebuah periuk nasi berjenama BUFFALO, model: KE53 dengan masalah tidak memasak & cuma 'keep warm' sahaja.

BUFFALO KE53

Ketika saya mengujinya, 'keep warm' berfungsi namun bila butang memasak ditekan, lampu indikator menyala seketika dan padam seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Masalah periuk nasi seperti ini biasanya adalah disebabkan suis untuk 'cook' dan 'keep warm' rosak. Suis tersebut merupakan komponen 'wear and tear' dan perlu diganti bila tiba waktunya.

Model: KW53

Periuk nasi ini adalah buatan Korea seperti boleh dilihat pada gambar label di atas dengan kuasa 650w ketika memasak dan 83w ketika 'keep warm'.

Setelah penutup bawah dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, kerosakkannya adalah pada sebiji suis yang dipanggil 'micro switch' atau ada yang memanggilnya 'limit switch' seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Micro switch rosak...

Gambar di bawah diambil setelah 'micro switch' telah saya gantikan dengan yang baharu.

Gantikan micro switch yang baharu...

Percaya atau tidak, walaupun periuk tersebut jenama buatan Korea namun suis yang digunakan adalah buatan China.

China...

Masalah tidak memasak pada periuk nasi ini selesai dan telah berjaya diselamatkan dengan hanya menukarkan 'micro switch' sahaja.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.