Sebelum ini saya pernah menukar wayar seterika yang lusuh dan anda boleh membaca cara-caranya di
sini atau di
sini.
 |
Wayar putus... |
Pagi ini saya dirujuk sebuah seterika yang sama dan tidak berfungsi walaupun arus eletrik telah dibekalkan. Pemeriksaan awal mendapati bahawa tiada '
continuity' pada wayar hidup (L).
Wayar tersebut kelihatan masih elok dan setelah diteliti saya dapati bahawa ada kesan terbakar berdekatan pada plug 3-pin seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
 |
Potong bahagian yang putus... |
Dipendekkan cerita saya potong bahagian yang ada kesan terbakar tersebut dan sah ianya putus setelah saya uji dengan multimeter.
 |
Buang sebahagian penyalut wayar... |
Gambar-gambar berikut merupakan cara-cara bagaimana saya menukar plug 3-pin yang baru.
 |
Balut dengan pitar wayar supaya tidak berbulu... |
Setelah plug 3-pin yang baru telah disambung dan diuji, kini seterika tersebut kembali berfungsi seperti biasa.
 |
Gantikan plug 3-pin yang baru... |
Pastikan ketiga-tiga wayar disambung dengan betul seperti pada gambar di atas.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.