Sunday, 12 April 2020

LG 42PG20R-TA Plasma TV repair

TV Plasma berjenama LG ini pernah dirujuk kepada saya sebelum ini pada Jan 29, 2019 dan saya tidak menemui sebarang masalah ketika diuji beberapa hari ketika itu.
LG 42PG20R-TA
Kali ini ianya dirujuk semula dengan masalah selepas beberapa ketika dihidupkan, suara akan hilang tetapi imej masih ada. Ketika suara hilang, TV juga tidak dapat dipadam dengan menggunakan alat kawalan jauh mahupun menekan apa-apa butang pada TV.
Setelah penutup dibuka...
Jadi saya terpaksa memutuskan bekalan eletrik untuk memadamkan TV tersebut ketika kejadian kehilangan suara. Apabila arus eletrik dibekalkan semula, TV tidak dapat dihidupkan lagi.
PSU...
Namun TV boleh dihidupkan semula apabila ianya telah sejuk iaitu kira-kira 30 minit selepas itu. Masalah sedemikian biasanya adalah disebabkan terdapat masalah bekalan elektrik pada PSU (power supply unit) iaitu papan litar pada gambar di atas.
Low ESR capasitor - 10uF, 50v
Setelah diperiksa menyeluruh, saya menjumpai sebiji kapasitor 10uF, 50v didapati rosak dan harus di ganti seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.
Voltage setting: 5v, 60v & 193v
Setelah kapasitor di atas saya tukar dan diuji, TV boleh dihidupkan namun voltannya sedikit tersasar dan saya terpaksa melaraskannya semula kepada:-
  1. VA = 60v (Max: 66v)
  2. VS = 193v (Max: 195v)
Laras VS & VA...
Gambar di atas merupakan kedudukan pelaras untuk VA & VS dan saya biasanya akan melaraskannya semula selepas TV telah panas ke voltan asal seperti tertera di atas.
VS = 193v

VA = 60v

Standby = 5v
Sehingga blog ini ditulis, TV tersebut telah diuji selama dua hari tanpa sebarang masalah termasuk kehilangan suara pada awalnya juga tiada lagi.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.