Wednesday 15 April 2020

CoVid-19 Movement Control Phase 3

Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) berikutan pandemik CoVid-19 telah bermula pada 18/3/2020 dan hari ini telah masuk ke fasa ke-3.
Fasa pertama berkuatkuasa mulai 18/03/2020 sehingga 31/03/2020 dan dilanjutkan ke 14/04/2020 untuk fasa ke-2.

Pada 10/4/2020 yang lepas perdana menteri kita telah mengumumkan supaya tempoh PKP (perintah kawalan pergerakan) dilanjutkan sehingga 28/04/2020 atas nasihat kementerian kesihatan malaysia (KKM).

Saya mengikuti perkembangan pandemik CoVid-19 ini setiap hari dan ianya amat mudah berjangkit melalui titisan (droplet).

Tujuan PKP dilaksanakan ialah untuk meminimakan pergerakan orang ramai serta meminimakan CoVid-19 daripada merebak di luar kawalan dan seterusnya memudahkan pihak perubatan mengenalpasti pesakit, quarantin pesakit dan merawat mereka yang telah dijangkiti.

Semenjak PKP dikuatkasakan, saya cuma keluar membeli barangan perlu sebanyak 2 kali sehingga hari ini. Kali ke-2 saya ke kedai untuk membeli barangan dapur ialah pada 12/4/2020.

Saya agak terkejut ketika dalam perjalanan mendapati banyak kereta di atas jalan raya dan tidak seperti kali pertama keluar membeli pada 28/03/2020.
Saya balik tangan kosong sebab tak ada topeng mulut...
Ketika saya tiba di pusat membeli-belah baru saya tahu bahawa orang ramai yang tidak memakai topeng mulut tidak dibenarkan masuk membeli-belah.

Pihak pusat membeli-belah juga tidak menyediakan topeng muka di pintu masuk dan mereka (termasuk saya) terpaksa mencari topeng muka di merata tempat sebelum dibenarkan masuk membeli-belah. Semua ini menyumbang kepada pertambahan kenderaan di jalan raya saban hari.
Pihak berkuasa menyalahkan rakyat yang tidak mematuhi kepada PKP tanpa mengetahui punca kenapa ramai ingkar penguatkuasaan PKP ini.
Apa pun, itu kerja mereka mengawal sewaktu PKP. Jika saya suarakan pun bukan ada yang mendengar.

Duduk diam-diam je lah di rumah, semoga PKP fasa ke-3 ini adalah yang terakhir dan tidak dilanjutkan lagi...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.