Apa yang anda akan lakukan jika wayar penyambung telefon rosak seperti boleh dilihat pada gambar di bawah?
 |
Penyambung telefon yang rosak... |
Ianya masih boleh digunakan namun wayar penyambung tersebut akan tanggal bila-bila masa. Apa yang anda boleh lakukan ialah:-
- Beli wayar penyambung yang baru & tukar
- Gam penyambung tersebut menggunakan 'glue gun' supaya tidak tanggal lagi
- Tukar penyambung (connector) sahaja dengan yang baru
 |
Peralatan yang diperlukan... |
Hari ini saya kongsikan cara-cara bagaimana menukar penyambung yang rosak sahaja dan peralatan yang diperlukan ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Ikut langkah-langkanya seperti gambar-gambar berikut:-
 |
1. Potong penyambung yang rosak... |
 |
2. Buang penyalut wayar kira-kira 5mm... |
 |
3. Masukkan wayar kepada penyambung yang baru... |
 |
4. Klip dengan kuat... |
Harga sebiji panyambung yang baru ialah 50 sen sahaja. Anda boleh membeli peralatan (tool) untuk menukar penyambung tersebut dengan harga kira-kira RM10.00 sahaja.
 |
Siap... |
Pastikan wayar penyambung disambung dengan betul seperti gambar di bawah.
 |
pastikan sambungan wayar betul... |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.