Monday 13 April 2020

CoVid-19 - Kluster Persidangan di gereja Sarawak

Setakat hari ini terdapat 3 kluster yang terbesar telah dikenalpasti oleh KKM iaitu Kluster Sri Petaling, Kluster Itali & Kluster persidangan di gereja, Sarawak.
Dua minggu yang lepas, salah satu bekas rakan sekerja saya telah meninggal dunia dan didapati positif CoVid-19. Beliau merupakan kematian ke-37 iaitu pesakit kes 2471 dan merupakan generasi ke-3 pada kluster tersebut.
Pada 9hb April 2020, pihak KKM telah mengeluarkan satu carta seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas dan dari situ baru saya tahu bahawa punca jangkitan beliau daripada kluster persidangan di gereja, Sarawak.
Setakat hari ini, kluster tersebut telah meragut 3 nyawa dan kematian ke-3 merupakan pesakit generasi ke-5 dan yang termuda berusia 23 tahun.
Kluster tersebut telah merebak sehingga generasi ke-5 sehingga kini.

Senario di atas telah menunjukkan kepada kita betapa bahayanya jika bergumpul beramai-ramai ketika wabak CoVid-19 melanda dunia.

Jadi, jangan ingkar larangan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh hampir seluruh dunia termasuk negara kita. Tujuannya ialah untuk memutuskan rantaian CoVid-19 supaya tidak merebak.

Duduk diam-diam di rumah.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.