Friday 17 April 2020

Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar

Sejak saya mula bekerja pada tahun 1991, saya telah dikehendaki membayar cukai pendapatan walaupun gaji saya ketika itu cuma RM550.00 sahaja sebulan.

Ketika itu kami diwajibkan melaporkan pendapatan tahunan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan mengisi borang BA dan melampirkan borang EA serta dokumen berkaitan.

Namun kini ramai yang bergaji besar tidak pernah melaporkan pendapatan tahunan kepada LHDN walaupun telah bekerja sehingga puluhan tahun.
Jumlah cukai pendapatan dipotong dari gaji - RM231.62
Pihak LHDN sebenarnya tahu ramai yang tidak melaporkan pendapatan tahunan mereka dan membiarkan sahaja kerana mereka tidak perlu membayar balik cukai pendapatan individu yang telah terlebih bayar melalui potongan gaji bulanan.
02/04/2020
Kita boleh mengetahui jumlah cukai yang telah dipotong dari gaji kita pada borang EA yang disediakan oleh majikan kepada pekerjanya setiap tahun seperti boleh dilihat pada keratan gambar pertama di atas.
16/04/2020
Tahukah anda bahawa dengan melaporkan pendapatan tahunan anda kepada LDHN, anda boleh menuntut balik cukai yang terlebih bayar?
isi kandungan e-mail
Gambar di atas menunjukkan jumlah cukai yang telah berjaya saya tuntut balik setelah melaporkan pendapatan tahunan kepada LHDN pada 2/4/2020 tahun ini.

E-mail bayaran balik cukai terlebih bayar tersebut saya terima pada 16/04/2020.

Jika anda masih belum melaporkan cukai pendapatan anda, sila lapor secara atas talian kepada LHDN di sini.

Untuk pengetahuan semua, majikan memotong gaji kita dan membayar kepada LHDN berdasarkan carta potongan gaji yang telah ditetapkan oleh LHDN.

Anda akan mengetahui jumlah cukai terlebih bayar anda setelah mengisi borang cukai pendapatan seperti boleh dilihat pada gambar ke-2 di atas.

Jika anda memilih untuk tidak melaporkan pendapatan tahunan anda kepada LHDN, anda tidak akan dapat balik cukai yang telah terlebih bayar.

Untuk pengetahuan semua, setiap tahun saya terlebih bayar cukai pendapatan dan pihak LHDN mengembalikannya kepada saya setelah melaporkan pendapatan tahunan saya kepada mereka.

Anda silap jika memilih untuk tidak melaporkan pendapatan tahunan anda kepada LHDN...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.