Hari ini saya dirujuk sebuah alat pemain DVD yang tidak berjenama dengan masalah tidak dapat dihidupkan dan lampu standby merah berkelip-kelip apabila dibekalkan arus eletrik.
 |
Model: HK008Z |
Setelah pemeriksaan dibuat, saya mendapati bahawa adapternya menghasilkan output yang berubah-ubah bila diukur dengan multimeter dan bacaannya di antara 10v - 12v.
 |
Setelah penutup dibuka... |
Setelah saya buka dan periksa adapter tersebut, sebiji kapasitor dengan nilai 22uF, 50v rosak dan harus ditukar seperti telah saya labelkan pada gambar di atas.
 |
Tested - ok |
Setelah kapasitor tersebut saya tukar dan diuji, alat pemain DVD tersebut kini kembali berfungsi dan masih boleh digunakan.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.