Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki sebiji 'video converter' yang tidak berjenama dengan masalah tiada imej video dihasilkan pada skrin TV.
 |
Video Converter |
'Video converter' ini digunakan untuk menukar VGA kepada video sebelum disambung ke TV. Jika dilihat pada gambar di bawah, ianya tidak sampai 2 tahun digunakan.
 |
Bahagian bawah... (tak sampai dua tahun digunakan) |
Untuk membukanya, kita cuma perlu membuka keempat-empat skru pada bahagian bawahnya dan gambar di bawah adalah papan litar yang telah saya keluarkan untuk diperiksa.
 |
Kapasitor 220uF, 16v rosak... |
Pemeriksaan menyeluruh hanya menemui sebiji kapasitor rosak serta perlu diganti dan telah saya labelkan pada gambar di atas.
 |
220uF cuma tinggal 7uF... |
Bacaan nilai kapasitor 220uF tersebut cuma tinggal 7uF sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
 |
Kapasitor baru... |
Setelah kapasitor tersebut saya tukar dan diuji, ianya kembali beroperasi dan masih boleh digunakan.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.