Tuesday 21 April 2020

Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) merupakan bantuan dari kerajaan negara kita untuk membantu golongan B40 & M40 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  bagi menghadapi pandemik CoVid-19.
Permohonan BPN telah saya buat pada 3/4/2020 dan mendapat kelulusan segera pada hari yang sama. Pagi ini ketika saya membuat semakan pembayaran, saya dapati butang tambahan kelihatan iaitu 'maklumat bayaran' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Tekan butang tersebut (maklumat bayaran) dan anda akan mengetahui maklumat bayaran BPN anda.
Bayaran BPN saya telah disalurkan terus ke dalam akaun simpanan saya pada 13/04/2020 iaitu setelah 10 hari permohonan diluluskan.

Walaupun pembayaran telah dibuat pada 13/4/2020, tiada pemberitahuan dalam bentuk e-mail atau sms yang saya terima seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Ini lah punca kenapa orang ramai beratur panjang di mesin-mesin ATM saban hari untuk memeriksa bantuan BPN masing-masing yang secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan trafik yang dilaporkan setiap hari.

Bersama-sama kita perangai CoVid-19 dengan duduk di rumah sahaja. Kita mesti menang...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.