Tuesday 14 April 2020

Friedland D3126 Festival door chime/bell repair

Hari ini saya kongsikan bagaimana loceng pintu eletrik di rumah berfungsi. Loceng pintu ini berjenama Friedland, Model: D3126 Festival.
Jenama: Friedland, Jenama: D3126 Festival
Pemilik memberitahu saya loceng pintu ini tidak berbunyi apabila suisnya di tekan dan cara untuk memeriksanya amat mudah. Ianya dilengkapi dengan sebiji transformer yang menurunkan voltan dari 240vac kepada 12vac dan boleh dilihat pada gambar di bawah.

Cara untuk memeriksa transformer tersebut ialah dengan menggunakan multimeter untuk memastikan ianya ada 'continuity' pada gegelung 'primary' dan 'secondary' dan bukannya litar pintas.

Anda juga boleh membekalkan arus eletrik kepada gegelung 'primary' dan ukur voltan pada gegelung 'secondary'. Jika anda mendapat bacaan 12vac pada gegelung secondary, transformer tersebut masih elok.
Transformer 240vac - 12vac...
Bahagian bawah loceng pintu tersebut dilengkapi dengan sebiji solenoid untuk mengerakkan tukul loceng dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.

Cara untuk memeriksanya ialah juga dengan menggunakan multimeter, pastikan ada 'continuity'. Anda juga boleh mengujinya dengan membekalkan arus elektrik 12vac dan solenoid yang elok akan mengerakkan tukul loceng serta kembali ke kedudukan asalnya apabila bekalan elektrik diputuskan.
Solenoid untuk mengerakkan tukul loceng...
Tiada kerosakkan komponen ditemui pada loceng pintu tersebut saya temui dan punca ianya tidak berbunyi ialah disebabkan salah satu sambungan gegelung secondary tertanggal sahaja. Setelah saya sambung balik dan diuji, ianya masih boleh digunakan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.