Sunday, 13 September 2020

Xugel 8586 SMD rework soldering station

Saya telah lama berhajat untuk memiliki sebuah 'rework soldering station' seperti ini untuk kegunaan kerja-kerja membaiki peralatan elektronik. Ini adalah berikutan papan litar moden kini majoriti menggunakan teknologi SMT (surface mount technology).

Xugel 8586

Pada 9/9/2020 saya telah menempah sebuah 'rework soldering station' secara atas talian di Shopee berjenama Xugel dengan kuasa 750w buatan China. Terdapat banyak pilihan dan lebih murah namun saya memilih yang ini disebabkan komen yang baik oleh pembeli.

750W

Kelebihan yang ada pada 'rework soldering station' ini ialah:-

  1. Pemanasnya adalah jenis seramik (ceramic element) manakala jenama lain mengguanakan pemanas jenis nichrome atau ada yang menggunakan 'chinaware'.
  2. Alat 'hot air' akan padam ketika di simpan kepada pemegangnya (sila tonton klip video di bawah)
  3. Ada warranty 6 bulan (majoriti tiada warranty)
  4. Rekabentuk yang lebih mesra pengguna sebab suis 'hot air' dan 'soldering' diasingkan.
  5. Dilengkapi dengan 'user's manual'.
Hot air...

Skrin digital hanya digunakan untuk menunjukkan suhu pemanas 'hot air' sahaja dan ianya dilaras secara digital dengan menekan butang berwarna merah bermula suhu minima 100C ketika suis dihidupkan.

Kekuatan aliran angin 'hot air' juga boleh dilaras dengan melaras kelajuan kipas di dalamnya menggunakan tombol pelaras sebelah kiri.

'Soldering iron' pula dilaras secara manual (tombol pelaras sebelah kanan) dengan suhu minima dari 200C sehingga 480C.

User's manual...

Sesuatu yang mengejutkan saya dari pembelian kali ini di Shopee ialah, POS Laju buat kali pertama telah menyempurnakan hantaran dalam dua hari sahaja dari Semenanjung Malaysia ke Miri, Sarawak seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Hari ini dalam sejarah...

Biasanya hantaran hanya akan sampai setelah kira-kira 2 minggu iaitu lebih perlahan berbanding dengan hantaran dari negara tembok besar yang hanya mengambil masa kira-kira 10 hari sahaja untuk tiba di Miri, Sarawak.

Selama ini saya lebih berminat membeli barangan luar negara (oversea) disebabkan tempoh penghantaran yang singkat berbanding penghantaran tempatan.

Begitu juga dengan kos penghantaran, di mana penghantaran tempatan jauh lebih mahal berbanding penghantaran dari luar negara.

Selain daripada itu, harga barangan yang sama tempatan juga lebih mahal berbanding luar negara.

Jangan salahkan pelanggan kerana tidak menyokong peniaga tempatan sebab pembelian dari luar negara boleh berjimat selain daripada tempoh penghantaran yang lebih singkat.

Fikir-fikirkan...

4 comments:

  1. Salam petang tuan Wong! Ada soalan, tuan masih mennggunakan rework station ini lagi? Jika ya, bagaimana kualitinya setelah setahun tuan guna?.
    Saya baru order di Shopee brand yang sama utk rework komponen SMD.

    Saya scroll semua komen pembeli dan ada seorang pembeli dengan masalah handle hot air unit cair. Saya rasa motor atau kipas unit tersebut telah gagal (rasanya la) sebab saya rasa hot-air murah macam nie tak gunakan pam angin seperti yang mahal. Harap ia bukan common issue utk brand ini...risau juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ini tiada apa-apa masalah dan telah banyak berjasa. Mungkin kes 'handle' yang cair itu 'manufacturing defect' atau mungkin disimpan terbalik (muncung menghala ke bawah).

      Dalam 'hot air' ada sensor, ketika masih panas dan disimpan kembali pada pemegangnya, kipas akan terus berpusing sehingga sejuk baru lah padam seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

      Mesti tunggu kipas telah berhenti baru boleh matikan suis. Ada kemungkinan juga pemilik terus padamkan suis dan tidak tunggu telah sejuk atau selepas kipas padam.

      Saya sarankan agar baca 'user manual' dahulu sebelum menggunakannya.

      Delete
  2. Terima kasih tuan Wong bagi feedback dan tips. Terbaik!! Tak sabar nak test power 😂

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.