Saturday 19 September 2020

OMRON HBF-362 body composition Scan (Karada Scan) repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah penimbang canggih berjenama OMRON, Model: HBF-362 yang boleh ukur peratusan lemak serta peratusan otot seseorang.

OMRON Karada Scan

Pemilik memberitahu saya alat penimbang canggih tersebut telah lama tidak berfungsi namun tidak dibuang sebab harganya mencecah ribuan ringgit.

Model: HBF-362

Mesin penimbang canggih ini adalah buatan Jepun dan menggunakan 4 biji bateri bersaiz AA.

Max limit: 135kg

Benda pertama yang saya periksa ialah bahagian baterinya. Tiada bateri ketika dirujuk kepada saya dan saya juga dapati terdapat karat pada bahagian penyambung negatif bateri seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Masalah sejagat akibat bateri bocor...

Setelah bahagian yang berkarat di atas saya bersihkan dan diuji, skrinnya boleh dihidupkan namun kesemua butang tidak berfungsi bila ditekan.

Semua butang tak berfungsi bila ditekan...

Bahagian pertama yang saya buka untuk diperiksa ialah skrinnya dan tiada kerosakkan komponen atau sebarang sambungan yang bermasalah saya temui.

Suis rosak...

Setetusnya saya buka bahagian bawah penimbang dan akhirnya menemui satu-satunya suis yang harus ditekan untuk memulakan operasi penimbang tersebut telah terburai seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Suis dah terburai...

Saya buka sambungan suis tersebut dan cuba pasang kembali suis yang terburai mengikut logik fikiran saya dan gambar di bawah menunjukkan hampir ke semua bahgian telah berjaya saya pasang kembali namun penutupnya pecah dan kesemua klipnya patah.

Susun balik ikut logik...

Saya tidak tahu di mana boleh memperolehi alat ganti suis tersebut dan terpaksa gam sahaja dengan menggunakan 'super glue' sebagai percubaan sebab saya juga tidak pasti suis tersebut masih elok atau sebaliknya.

Gam penutup yang pecah guna 'super glue'...

Cara melekat plastik menggunakan 'super glue' yang betul ialah titiskan pada kedua-dua bahagian yang ingin dicantumkan secara sekata dan pastikan tidak meleleh sebab ia akan menyebabkan keseluruhan suis bercantum bersama.

Pasang kembali ke kedudukan asal...

Tunggu seketika sehingga gam hampir kering, barulah cantumkan kedua-dua bahagian serta tekan kira-kira seminit dan lepaskan perlahan-lahan. Pastikan bahagian yang dicantumkan melekat dengan kuat dan tidak terbuka lagi.

Siap...

Setelah siap suis tersebut dipasang kembali ke kedudukan asalnya dan diuji dengan menekan butang suis tersebut, tiada skrin menunjukkan tahun 2019 seperti yang saya dapat ketika pertama kali diuji seperti di atas.

Testing...

Semua butang kini boleh ditekan dan saya ambil kesempatan untuk melakukan 'scanning' untuk diri saya sendiri dan gambar-gambar di bawah menunjukkan bacaan yang saya dapat.

Overall - 67kg, 14.7% fat, 31.6% muscle...

Trunk - 13.3% fat, 25.5% muscle...

Leg - 18.6% fat, 48.0 muscle...

Arm - 18.9% fat, 36.8% muscle

Alat penimbang tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.