Tuesday 15 September 2020

Panasonic F-MU408 fan repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah kipas dinding berjenama Panasonic, Model: F-MU408 dengan masalah tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Jenama: Panasonic

Menurut pemilik, kipas ini dibeli pada tahun 2010 dan telah 10 tahun digunakan. Kali terakhir digunakan, kipas berputar perlahan dan akhirnya padam sendiri serta tidak berfungsi lagi.

Model: F-MU408

Saya dapati kipas tersebut berhabuk dan bahagian belakangnya tersumbat seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Debu & habuk pada penutup belakang...

Walaupun penutup bahagian belakangnya tersumbat namun apabila dibuka, bahagian dalamnya bersih seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah dibuka penutup belakang...

Setelah diperiksa, saya hanya menemui thermal fius didapati putus dan telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Thermal fuse putus...


Kerosakkan kipas ini sama seperti kipas yang pernah saya baiki sebelum ini iaitu berjenama KDK dan anda boleh membacanya di sini.

114C, 2A

Kipas ini menggunakan kapasitor dengan nilai 1.5uF sahaja dan ianya masih elok walaupun telah 10 tahun digunakan.

Kapasitor masih elok, 1.45uF

Setelah thermal fius tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, kipas tersebut telah berjaya dibaiki dan masih boleh berkhidmat semula.

Gantikan thermal fius yang baru...

Gambar-gambar berikut merupakan bacaan rintangan pada gegelung kipas apabila kelajuan telah dilaras.

Nombor 0 - tiada bacaan...

Pastikan anda membeli 'thermal fuse' yang sama nilai dengan asal supaya kipas anda selamat digunakan. Benda yang perlu diketahui ketika membeli 'thermal fuse' ialah suhu yang tercatat padanya serta kapasitinya (ampere). 

Nombor 1 - 576Ω

Tujuan saya menunjukkan bacaan rintangan apabila kelajuan di laras pada gambar di atas dan di bawah ialah sebagai rujukan.

Nombor 2 - 519Ω

Nombor 3 - 414Ω

Thermal fius kipas ini putus disebabkan oleh panas melampau pada bahagian gegelung disebabkan penutup bahagian belakangnya tersumbat.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.