Telefon sebegini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
|  | 
| Panasonic KX-T2371MLW | 
Hari ini saya dirujuk telefon yang sama dengan masalah penyambung wayar ganggang telefon sering tertanggal sendiri.
|  | 
| Model: KX-T2371MLW | 
Setelah dibuka dan diperiksa, masalahnya ialah klip pada soket penyambung wayar ganggang telefon yang telah pecah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
|  | 
| Soket penyambung pecah... | 
Masalah telah diketahui dan perlu gantikan soket yang pecah tersebut. Saya ambil soket dari telefon lama dan perlu membuat sedikit penyesuaian.
|  | 
| Padankan warna serta kedudukan wayar... | 
Jika dilihat pada gambar di atas, wayar berwarna kuning dan merah berada di kedudukan yang berbeza berbanding soket asalnya.
|  | 
| Ikut sambungan asal... | 
Jadi, ketika menyambungkannya ke papan litar, saya terbalikkan juga sambungnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
|  | 
| Siap... | 
Selamat mencuba...
 
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.