Monday 21 September 2020

PHILIPS HD4680 electric kettle repair

Cerek seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini, sini dan di sini.

PHILIPS HD4680

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi cerek elektrik yang serupa dengan masalah tidak dapat dihidupkan walaupun telah dibekalkan dengan arus elektrik.

Thermostat pada bahagian bawah cerek...

Apabila diperiksa, saya mendapati salah satu thermostat pada bahagian bawah cerek tidak mempunyai 'continuity' ketika diuji menggunakan multimeter.

Salah satu thermostat longgar...

Setelah dibuka seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah, salah satu thermostat didapati longgar serta tidak bersambung,

Thermostat yang longgar...

Thermostat tersebut saya keluarkan dan dibersihkan bahagian yang telah berkarat seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Buka thermostat dan bersihkan...

Saya bengkokkan juga bahagian yang di kepit pada bahagian plastik supaya ianya boleh dilekatkan dengan sempurna seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Pasang kembali setelah dibersihkan...

Pastikan kesemua bahagian yang telah dibuka sebelumnya di pasang kembali dan uji dengan multimeter terlebih dahulu sebelum membekalkan arus elektrik untuk ujian terakhir.

Sambungan dah elok...

Setelah siap dipasang kembali dan diuji, cerek tersebur telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Pasang kembali semua yang telah dibuka...

Pastikan suis akan padam dengan sendiri setelah air yang dimasak telah mendidih ketika menguji cerek elektrik yang telah dibaiki.

Tested - ok

Klip video di bawah saya ambil ketika menguji cerek tersebut selepas dibaiki dan suisnya padam dengan sendiri setelah air mendidh.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.