Monday 14 September 2020

PHILIPS RN129 vintage car radio repair

Semalam saya dirujuk sebuah radio lama untuk kegunaan dalam kereta berjenama PHILIPS, Model: RN129.

PHILIPS RN129

Pemilik memberitahu saya masalahnya ialah siaran radio sangat lemah dan tidak jelas ketika kali terakhir digunakan beberapa tahun yang lalu. Radio tersebut beliau guna di rumah dan mendapatkan bekalan elektrik dari sebiji transformer 12v.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya hanya menemui sebiji mentol 12v yang hangus dan tidak menyala serta menyebabkan skrinnya malap seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Skrin malap...

Tiada bekalan mentol 12v di pasaran tempatan dan saya ubahsuai dengan menggunakan lampu LED seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

ganti mentol hangus dengan lampu LED...

Saya sambungkan sebiji perintang 1/4w, 1kΩ secara bersiri kepada LED tersebut untuk mengurangkan arus elektrik supaya lampu LED tidak hangus sebab voltan yang dibekalkan kepadanya ialah 17v ketika saya ukur dengan multimeter.

17v sebelum perintang...

Voltan selepas perintang ke LED ialah kira-kira 3v sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan ia merupakan voltan yang sesuai untuk LED yang biasanya hanya memerlukan 20mA sahaja.

3v selepas perintang...

Cara untuk mengira nilai perintang yang diperlukan ialah dengan menggunakan formula hukum ohm iaitu V=IR.

R=V/I (17v-3v)/0.02A  = 700Ω

Walaupun perkiraan di atas hanya memerlukan 700Ω sahaja namun saya gunakan 1kΩ (1000Ω) untuk mengurangkan keterangan sebab lampu LED sekarang jauh lebih terang berbanding dengan mentol asal 12v.

Pasang kemas lampu LED...

Setelah siap mengubah suai lampu tersebut dan diuji, tiada masalah penerimaan siaran seperti yang diberitahu oleh pemilik kepada saya di atas. Ketika mengembalikan radio tersebut kepada pemilik, saya menyuruh pemilik supaya periksa antena penerima siaran serta cari kedudukan yang sesuai agar siaran lebih jelas.

Siap...
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.