Friday, 11 September 2020

Baiki lampu kecemasan lama

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki lampu kecemasan untuk papan tanda KELUAR yang telah pupus dan jarang ditemui lagi sekarang.

Lampu kecemasan ini masih lagi menggunakan lampu kalimantang/pendaflour (fluorescent) dan ketika dibuka semua sambungan wayar telah dibuka dan berselerak seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah sambungan wayarnya saya betulkan dan sambung kembali serta diuji, lampu pendaflour tidak menyala dan voltan pada bateri sangat rendah.

Saya tukarkan baterinya dan kini lampu pendaflour mula menyala namun setelah berjam-jam dicas, lampu pendaflour hanya menyala kira-kira seminit sahaja apabila menggunakan kuasa bateri.

Setelah diperiksa semula, saya mendapati voltan pada bateri cuma 3.9v sahaja ketika di cas. Ini bermaksud proses mengecas tidak berfungsi dengan sempurna.

Pemeriksaan seterusnya mendapati sebiji kapasitor dengan nilai 100uF, 16v rosak dan harus diganti. Masalah seperti ini pernah saya jumpa sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.

Masalah tidak mengecas selesai setelah kapasitor di atas saya tukar. Saya juga gantikan kembali baterinya dengan bateri lama dan percaya atau tidak, bateri tersebut masih boleh berfungsi semula walaupun telah hampir 7 tahun digunakan.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.