Wednesday 16 September 2020

Hari Malaysia (Malaysia Day)

Pada hari ini dalam tahun 1963, bertempat di stadium merdeka, Kuala Lumpur telah diadakan upacara pengisytiharan penubuhan Malaysia.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.

Hari Malaysia menandakan hari penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Perjanjian untuk menubuhan persekutuan Malaysia telah ditandatangani lebih awal oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Sabah, Sarawak dan Singapura pada 31 Ogos 1963.

Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia hanya diisytiharkan pada 16 September 1963.

Hari Malaysia pada mulanya hanya merupakan cuti am di negeri Sabah sahaja sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri namun ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Hari Malaysia hanya diisytiharkan sebagai cuti am di semua negeri di Malaysia mulai tahun 2010.

Tema sambutan Hari Malaysia tahun ini adalah sama dengan Hari Kebangsaan iaitu Malaysia Prihatin.

Selamat menyambut Hari Malaysia ke-57.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.