Friday 14 February 2020

Panasonic KX-T2371MLW telefon repair

Telefon seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Jenama: Panasonic
Masalah telefon ini ketika dirujuk kepada saya ialah tidak berdering seperti telefon yang lepas namun masalahnya bukan kerana 'ringing mode' yang telah dilaras oleh seseorang kepada 'off'.
Model: KX-T2371MLW
Setelah dibuka dan diperiksa, tiada kerosakkan komponen pada papan litar rosak dijumpai termasuk buzzernya juga masih elok.
Setelah penutup di bawah di buka...
Saya sambungkan telefon tersebut ke talian telefon untuk mengujinya dan mendapati bahawa suis ganggang telefon tidak berfungsi dengan sempurna.
Buang pateri bahagian bawah papan litar...
Saya juga buka suis tersebut dan membuat penyenlengaraan namun masalah tetap sama iaitu tidak berdering. Masalahnya ialah tiada 'continuity' pada suis ketika ganggang telefon diletak. Anda boleh membaca cara-cara membuka serta menyelengara suis tersebut di sini.
Keluarkan suis yang rosak...
Akhirnya saya terpaksa menukar suis tersebut dan cara menukarnya boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah.
Pateri suis baru ke papan litar...
Setelah suis tersebut saya tukar dan diuji, kini masalah tidak berdering telah selesai dan berjaya diselamatkan.
Siap...
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.