Sunday, 26 July 2020

How to test strobe lamp?

Hari ini saya kongsikan cara bagaimana menguji 'strobe lamp' atau juga dikenali sebagai lampu neon.

Lampu ini banyak digunakan pada peralatan elektrik/elektronik lama sebagai lampu indikator. Suis yang dilengkapi dengan lampu indikator hari ini masih lagi menggunakannya.
Strobe lamp/neon
Setakat ini tiada multimeter yang mampu mengenalpasti ianya elok atau sebaliknya dan cara untuk mengujinya ialah dengan membekalkan arus elektrik AC kepadanya.
Sambungkan sebiji perintang 150kΩ...
Sebelum menyambungkannya kepada bekalan elektrik AC, terlebih dahulu sambungkan sebiji perintang 150kΩ atau 220kΩ secara bersiri kepadanya.
Testing...
Gambar di atas dan klip video di bawah menunjukkan strobe lamp yang elok dan menyala setelah dibekalkan arus elektrik AC.
Selain cara di atas yang menggunakan bekalan elektrik AC, anda juga boleh menggunakan adapter DC.
Guna adapter - DC
Jika menggunakan adapter DC, anda tidak perlu sambung perintang kepada strobe lamp dan cuma perlu sentuhkan salah satu terminal ke output adapter dan satu lagi sentuh dengan jari.
Perbezaan jika menggunakan bekalan AC & DC ialah, strobe lamp akan berkelip-kelip pada bekalan elektrik AC (arus ulang-alik) dan tidak berkelip jika pada bekalan elektrik DC (arus terus). Anda boleh melihat parbezaan pada kedua-dua klip video di atas.
Bekalan elektrik AC
Jika diperhati dengan teliti pada gambar di atas dan di bawah, kedua-dua terminal pada strobe lamp menyala pada bekalan elektrik AC dan hanya satu terminal sahaja yang menyala pada bekalan elektrik DC.
Bekalan elektrik DC...
Untuk pengetahuan semua, lampu pada 'test pen' juga menggunakan strobe lamp dan ianya disambung sebiji perintang 1MΩ secara bersiri sebelum boleh disentuh oleh kita tanpa mengalami renjatan elektrik.
Test pen
Gambar di bawah menunjukkan nilai perintang (1MΩ) yang disambung kepada strobe lamp pada 'test pen'.
1MΩ...
Cara yang paling mudah dan senang ialah guna 'test pen' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Sambung satu terminal strobe lamp ke live (L) pada soket dan satu terminal lagi uji guna 'test pen'.
Guna 'test pen'...
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.