Hari ini saya kongsikan pengalaman baru berkaitan dengan masalah 'water heater' berjenama JOVEN yang suhunya tidak dapat dilaras dan sangat panas setiap kali dihidupkan.
JOVEN PC838P |
Saya sendiri tidak pernah dirujuk masalah sedemikian dan pengalaman ini saya perolehi selepas membantu seorang pengikut blog saya yang meninggalkan komennya pada artikel di sini.
Gambar berikut merupakan perbualan di antara saya dengan beliau.
Untuk pengetahun semua, kerja membaiki barangan elektrik/elektronik ini perlu pemeriksaan yang teliti dan bukannya meramal semata-mata umpama ahli nujum.
Ramai yang bertanya kepada saya meminta pendapat saya, apakah kerosakkan pada peralatan elektrik/elektronik mereka melalui atas talian dengan harapan saya boleh memberi jawapan yang tepat kerosakkan tanpa membuat pemeriksaan.
Setelah beliau menjawab soalan yang saya tanya, kesimpulan yang saya dapat buat ialah kemungkinan kerosakkan pada pelaras suhu (potentiometer) atau mungkin ada komponen pada papan litar utama yang rosak.
Pemeriksaan seterusnya berpandukan kesimpulan saya di atas oleh beliau telah menemui kerosakkan pada pelaras suhu atau potentiometer dan setelah diganti dengan yang baru, masalah 'water heater'nya selesai dan kembali normal serta suhunya boleh dilaras semula.
B300K = 300kΩ |
Untuk maklumam semua, nilai potentiometer tersebut ialah 300kΩ.
Pastikan anda ada asas elektronik jika ingin membaiki sendiri. Jika tiada asas, rujuk kepada pakar untuk bantuan.
Selamat mencuba...
Kemungkinan besar apa punca pelaras suhu tu rosak ya
ReplyDeleteLitar pintas sebab terkena air serta berkarat.
Delete