Thursday, 16 July 2020

TELETRON TC-0901P-3S AC - DC adapter review

Hari ini saya dirujuk sebiji transformer/adapter berjenama TELETRON, Model: TC-0901P-3S buatan Malaysia dengan memo mengatakan ianya rosak.
TELETRON TC-0901P-3S
Transformer/adapter ini membekalkan 9vdc, 900mA (0.9A) seperti yang tertera pada labelnya untuk kegunaan peralatan elektrik/elektronik.
Voltan output: 15v
Oleh kerana kerosakkannya tidak dinyatakan dengan jelas oleh pemilik, maka saya uji untuk mengetahui kerosakkannya. Bacaan yang saya dapat setelah diuji dengan multimeter ialah 15vdc, 5A seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
5A dan bukan 900mA...
Sebelum ini saya juga pernah dirujuk transformer dengan voltan yang lebih tinggi dari sepatutnya dan ianya disebabkan kerosakkan pada 'voltage regulator'. Anda boleh rujuk pada artikel berkaitan di sini.
Setelah dibuka...
Apabila saya buka transformer tersebut, apa yang kelihatan adalah seperti pada gambar di atas iaitu hanya dilengkapi dengan 'bridge rectifier' dan sebiji kapasitor 1000uF, 16v sahaja dan tidak dilengkapi dengan 'voltage regulator'.
Transformer menghasilkan 12vac
Transformer tersebut telah menurunkan 240vac kepada 12vac dan setelah melalui 'bridge rectifier', voltan outputnya ialah 15vdc.

Adapter tersebut seharusnya dilengkapi dengan 'voltage regulator' dengan nombor rujukan 7809 untuk mendapatkan 9v seperti yang dinyatakan pada label.

Ianya juga boleh membekalkan 12v sekiranya dilengkapi dengan 'voltage regulator' dengan nombor rujukan 7812.
Buatan Malaysia?
Kesimpulannya ialah, adapter/transformer tersebut tidak rosak namun ia kerap merosakkan peralatan elektrik/eletronik yang disambungkan kepadanya kerana voltan melebihi daripada sepatutnya iaitu 12V..

Untuk pengetahun semua, adapter tersebut tidak pernah dibuka oleh sesiapa sebelum ini dan saya merupakan orang pertama membukanya. Saya tidak pasti kenapa ianya tidak dilengkapi dengan 'voltage regulator' dan kenapa dilabel 9v sahaja sedangkan ianya menghasilkan output 15v. Mungkinkah ianya tersalah label?

Jika adapter/transformer yang tidak dilengkapi dengan 'voltage regulator', ianya diketegorikan sebagai 'unregulated power supply'.

Berhati-hati ketika memilih peralatan elektrik...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.