Tuesday 28 July 2020

SY-96W Universal AC/DC Adapter repair

Adapter ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Output cuma 6.5v sahaja...
Adapter ini boleh menghasilkan pelbagai voltan output dengan julat dari 12v sehingga 24v. Ianya digunakan untuk TV berjenama LG yang memerlukan 19v. Masalah kali ini ialah voltan outputnya cuma 6.5v sahaja bila saya ukur dengan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
'Cold solder joint' dijumpai pada papan litar...
Apabila saya buka serta periksa, kesemua komponen yang telah saya ganti lepas semuanya masih elok dan tidak bermasalah. Pemeriksaan teliti mendapati terdapat 'cold solder joint' pada sebiji transistor dan telah saya tandakan pada gambar di atas.
'Cold solder joint' sering dijumpai pada peralatan elektrik lama seperti TV CRT serta radio dan puncanya ialah pada bahagian yang panas apabila digunakan. Ia akan kembali ke suhu bilik apabila tidak digunakan atau dipadam.

Fenomena panas dan sejuk yang berulang-ulang selepas satu jangkamasa akan menyebabkan bahagian yang dipateri retak dan menjejaskan pengaliran arus elektrik.

Cara untuk membaikinya ialah buang pateri lama, bersihkan dan pateri semula sahaja. Gambar di atas merupakan bacaan voltan setelah 'cold solder join' telah saya baiki dan ianya masih boleh digunakan semula.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.