Monday 13 July 2020

TWSB-12V10PQ regulated power supply repair

Hari ini saya dirujuk sebiji transformer/adapter dengan masalah voltan output lebih tinggi daripada sepatutnya iaitu 12v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Voltan output: 18vdc
Transformer ini dilengkapi dengan 'voltage regulator' dan ianya merupakan jenis 'regulated power supply'.

Selain daripada voltan yang lebih tinggi, ianya masih menghasilkan arus elektrik yang normal iaitu kira-kira 1.5A dan ini sangat merbahaya sebab boleh merosakkan peralatan elektrik yang menggunakannya.
Gantikan 'voltage regulator' 7812 yang baru...
Hanya beberapa komponen yang ada pada papan litarnya iaitu:-
  • 4 biji biji diod 1N4007
  • Sebiji kapasitor 10uF, 16v
  • Sebiji kapasitor 2200uF, 25v
  • Sebiji perintang 200Ω (merah, hitam, coklat)
  • Sebiji voltage regulator (7812)
Setelah diperiksa, kerosakkannya ialah pada 'voltage regulator' yang berlabel 7812.

Gambar di bawah menunjukkan voltan output transformer tersebut setelah 'voltage regulator' telah diganti dengan yang baru dan ianya kini selamat digunakan semula.
Tested - ok
Sebelum ini saya juga pernah membaiki transformer yang serupa dengan masalah kerosakkan 'voltage regulator' dan anda boleh membacanya di sini.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.