Saturday 11 July 2020

Digital Karaoke Echo Amplifier PK-500

Minggu lepas saya dirujuk sebuah amplifier buatan Taiwan dan tidak diketahui jenamanya, model: PK-500 dengan masalah boleh dihidupkan dan mengeluarkan suara namun bahagian mikrofon tidak mengeluarkan suara langsung.
Model: PK-500
Ketika saya mengujinya, cuma kedengaran sedikit sahaja suara jika menggunakan mikrofon walaupun telah dilaras ke maksima.
Design by Taiwan...
Kemudian saya dapati bahawa suis FBX bermasalah kerana ia sepatutnya mengeluarkan suara dari mikrofon jika dilaras ke 'OFF'.
Butang FBX = off
Kedudukan suis FBX telah saya tandakan pada gambar di atas dan ianya terletak pada bahagian hadapan amplifier.
AV pada bahagian amplifier...
Di pendekkan cerita, saya buka dan tukarkan suis tersebut dengan yang baru. Setelah siap ditukar dan diuji, kini bahagian mikrofon kembali berfungsi dan boleh digunakan semula.
Tested - ok
Selamat berkaraoke...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.