Hari ini saya kongsikan langkah-langkah yang harus anda lakukan untuk mengenalpasti serta membaiki alat kawalan jauh (remote control).
Jenama: LG |
Alat kawalan jauh kali ini berjenama LG dengan masalah biasa iaitu tidak dapat digunakan. Berikut adalah langkah-langkah yang biasanya saya lakukan.
Masalah kebocoran bateri... |
- Periksa bateri - Buka penutup bateri dan keluarkannya. Biasanya bateri telah bocor seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Setelah bateri di keluarkan... |
- Jika bateri bocor, tukarkan dengan yang baru.
Bateri lama... |
- Jika tiada kebocoran bateri, periksa voltan bateri. Voltan bateri kering ialah 1.5V sebiji dan 1.2V untuk bateri yang boleh dicas semula (rechargeable battery).
Bateri baru... |
- Tukarkan bateri dengan yang baru jika voltan telah jauh berkurangan.
Bersihkan & cuba... |
- Setelah dibersihkan, masukkan bateri yang elok dan uji alat kawalan jauh semula. Jika masih tidak berfungsi, buka dan bersihkan semula bahagian di dalamnya.
Setelah dibuka... |
- Cara membuka alat kawalan jauh berbeza di antara satu dengan yang lain. Bagi yang dikunci dengan skru, proses membukanya lebih mudah berbanding dengan yang menggunakan klip sahaja. Buka dengan cermat agar tidak merosakkan papan litarnya.
Harus di bersihkan... |
- Gambar di atas dan di bawah menunjukkan bahagian alat kawalan jauh yang harus dibersihkan yang disebabkan oleh kebocoran bateri.
Bersihkan spring... |
- Setelah dibersihkan, pasang kembali dan uji semula. Biasanya setelah kesemua dibersihkan, ianya akan kembali berfungsi semula.
Siap & tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.