Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebiji pembesar suara yang
dilengkapi amplifier (build in amplifier) tanpa jenama serta model
dengan masalah lampu indikator tidak menyala.
Build in amplifier... |
Gambar di bawah menunjukkan papan litar setelah bahagian belakangnya saya buka dan ianya merupakan 'build in amplifier' yang menggunakan TD2030A.
Pemeriksaan awal mendapati pada bahagian yang disambung ke pre-amp mendapati hanya -0.26v sahaja pada terminal -12v seperti yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Pemeriksaan seterusnya mendapati sebiji zener diod 12V/1W didapati litar pintas dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Apabila saya keluarkan zener diod tersebut dari papan litar dan diperiksa semula dengan multimeter, ianya sah mengalami litar pintas.
Setelah zener diod tersebut saya gantikan dengan yang baru serta diuji, kini lampu indikator boleh menyala semula dan telah berjaya diselamatkan.
Pengalaman membaiki kali ini hampir sama dengan pengalaman membaiki subwoofer dahulu dengan masalah serta kerosakkan yang sama dan anda boleh membacanya di sini.
Tested -ok |
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.