Hari ini saya berpeluang menimba ilmu baru membaiki TV CRT berjenama LG, Model: 29FU1RLX-T1 dengan masalah tidak dapat dihidupkan namun lampu standby menyala sekejap dan kemudian padam berulang-ulang secara automatik ketika saya uji untuk kepastian.
Kadang-kadang setelah diuji kita sudah dapat mengagak kerosaknya berpandukan pengalaman lepas.
 |
TV tahun 2010...
|
Apabila dibuka dan diperiksa papan litarnya, komponen pertama yang saya temui rosak ialah sebiji kapasitor berlabel 471 atau C836 pada papan litar.
 |
Litar pintas pada C836...
|
Kapasitor tersebut mengalami litar pintas bila diperiksa menggunakan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Kerosakkan seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di
sini.
 |
Litar pintas bila diperiksa dengan multimeter...
|
Setelah kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, kini TV tersebut langsung tidak berfungsi termasuk lampu standby juga tidak menyala pula.
 |
Ada perbezaan komponen baru & rosak?
|
Pemeriksaan seterusnya saya tidak menemui sebarang komponen yang rosak dengan menggunakan multimeter namun saya pasti masalahnya pada bahagian PSU (power supply unit) sebab lampu standby tidak menyala.
 |
IC802 - optocoupler
|
Majoriti komponen pada bahagian PSU boleh diperiksa menggunakan multimeter tetapi ada sebiji optocoupler yang berlabel IC802 pada papan litar tidak dapat diperiksa menggunakan multimeter.
 |
Optocoupler - PC-17L1
|
Optocoupler tersebut berlabel PC-17L1 seperti boleh dilihat dengan jelas pada gambar di atas dan percubaan menukarnya adalah sebagai usaha 'cuba jaya' sahaja.
 |
Lokasi komponen yang rosak...
|
Setelah siap menukar optocoupler tersebut dan diuji buat kali ke-2, TV tersebut akhirnya telah berjaya di selamatkan dan masih boleh digunakan semula walaupun telah berusia 10 tahun.
 |
Tested - ok
|
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.