Saturday, 18 July 2020

PENINSULA (Train to Busan presents: Peninsula)

Kali terakhir saya mengunjungi panggung wayang ialah tahun lepas dan semalam buat kali pertama selepas sektor hiburan dibenarkan beroperasi selepas PKP, saya menonton cerita PENINSULA atau 'Train to Busan presents: Peninsula'.
Filem Korea ini yang juga dibintangi oleh aktres negara kita, Bella Rahim sebagai Major Jane merupakan filem kategori seram dan tiada aksi yang melibatkan keretapi (Train).

Cerita mengisahkan sekumpulan bekas tentera Korea yang satu ketika dahulu telah meninggalkan semenanjung Korea ke Hong Kong berikutan penularan zombi.

Mereka kembali semula dengan misi untuk mencari trak/lori yang membawa wang dengan habuan 2.5 juta setiap seorang jika berjaya mencari serta membawanya ke pelabuhan Incheon.

Walaupun mereka telah berjaya menemui trak/lori tersebut, banyak halangan yang tidak diduga harus ditempuhi untuk membawa keluar trak tersebut ke pelabuhan.

Selain babak seram serta tembak menembak ala PUBG/counter strike, ianya juga mempunyai aksi kejar-mengejar serta drift yang setanding dengan cerita Fast & Furious menggunakan kereta buatan Korea, SsangYong.

Major Jane hanya muncul pada babak di penghujung cerita.
Berjayakah mereka membawa keluar trak/lori tersebut sehingga ke pelabuhan? Saya tinggalkan kepada anda untuk menonton sendiri cerita tersebut.
RM12 - bayar guna kad debit
Untuk makluman semua, jika anda berhajat menonton di panggung Tgv, jangan ketinggalan membeli tiket menggunakan kad debit dengan harga RM12 sahaja berbanding harga biasa RM17 jika membeli tiket di kiosk tiket.

Menurut jurutiket, pembelian menggunakan kad debit merupakan promosi terbaru mereka selepas PKP CoVid-19.

Selamat menonton...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.