Monday 27 July 2020

DELTA ADP-180HB B power adapter repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki sebuah adapter komputer riba (laptop) berjenama DELTA, Model: ADP-180HB B dengan masalah langsung tidak menghasilkan voltan output iaitu 19v apabila diperiksa menggunakan multimeter.
DELTA ADP-80HB B
Setelah dibuka, benda pertama ditemui rosak ialah fius utamanya dengan nilai 4A. Sekiranya fius putus dan berwarna hitam, ianya bermaksud ada litar pintas dan biasanya ialah kerosakkan pada 'bridge rectifier' transistor ataupun mosfet.
Fius utama 4A putus...
Pemeriksaan seterusnya saya menemui litar pintas pada sebiji mosfet 21N50C3 dan lokasinya ialah seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Litar pintas pada MOSFET 21N50C3...
Setelah saya keluarkan Mosfet tersebut dari papan litar, sebiji perintang di belakangnya juga didapati rosak dan labelnya tidak kelihatan sepenuhnya disebabkan telah meletup seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Perintang di belakang MOSFET meletup...
Gambar di bawah menunjukkan perintang yang telah putus dan labelnya cuma kelihatan '0' pada bahagian hadapan dan simbol 'Ω' pada bahagian belakangnya.
Perintang 1W tapi tak tau berapa rintangannya..
Memandangkan ianya bermula dengan '0' dan ianya disambung kepada mosfet tersebut, saya anggap nilainya ialah kurang daripada 1Ω dan biasanya berfungsi sebagai fius.
Komponen yang rosak...
Perintang yang kurang dari 1Ω dan pernah saya lihat ialah 0.22Ω (merah, merah, emas, emas) atau juga dilabel sebagai 0R22Ω.
Gantikan komponen yang baru...
Malangnya kedai yang menjual komponen di tempat saya tiada perintang yang kurang dari 1Ω dan nilai paling rendah yang saya temui hanya 2.2Ω (merah, merah, perak, emas).

Gambar di atas menunjukkan mosfet dan perintang telah saya gantikan selain daripada fius utamanya dengan nilai 4A.
Pasang kembali 'heat sink'...
Perintang yang tidak diketahui nilainya itu saya ganti dengan 2.2Ω/1W dan ianya banyak digunakan pada papan litar TV plasma berjenama LG sebagai fius.
Testing...
Setelah siap komponen yang rosak di atas diganti, saya uji adapter tersebut dan ianya telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.