Saturday 22 June 2019

LG 29FU1RLX-T1 CRT TV repair

Hari ini saya kongsikan satu lagi pengalaman baru juga berkenaan TV berjenama LG, Model: 29FU1RLX-T1 dengan masalah kadang-kadang channel TV boleh bertukar dengan sendiri.
Pandangan dalam setelah penutup belakang di buka...
Ketika saya menguji tiada pula channel TV bertukar sendiri namun saya syak pasti masalahnya pada butang manual seperti pada gambar di bawah. Setelah saya cuba satu persatu butang tersebut didapati butang 'vol + & vol -' bermasalah.
Ini puncanya...
Bila tekan butang 'vol -' apa yang terjadi ialah seperti pada video klip di atas. Apabila saya tekan butang 'vol +' pula, channel TV yang bertukar. Saya buka dan periksa butang tersebut satu per satu dan semuanya berkeadaan baik. Jadi hanya ada dua pilihan sahaja:-
  1. Tanggalkan sambungan butang tersebut daripada papan litar (jika tak guna butang manual tersebut)
  2. Gantikan butang manual tersebut dengan yang baru.
Sejak wujudnya alat kawalan jauh (remote control) saya yakin jarang yang menggunakan butang manual tersebut. Pelik tapi benar, walaupun jarang digunakan ianya juga boleh rosak dan yang sedihnya ialah ianya tidak dapat dibaiki dan harus digantikan dengan yang baru.
Gantikan dengan yang baru...

Selamat mencuba...

2 comments:

  1. Boleh saya tahu .. sye cari remote universal untuk tv model ni .. boleh suggestkan mane yg sesuai .. nak beli takut x boleh connect pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh guna mana-mana alat kawalan jauh jenama LG (jika ada) atau guna telefon bimbit yang ada aplikasi alat kawalan jauh.

      Biasanya 'remote universal' boleh digunakan tanpa masalah, cuma perlu 'calibrate' dulu sebelum digunakan. Lepas tukar bateri pun kena 'calibrate' dulu baru boleh digunakan.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.